Mandian Limau Purut elok ke?

Jangan kamu sekalian kencing di dalam lubang tanah dan apabila kamu hendak tidur maka padamkanlah pelita kerana nanti mungkin ada tikus yang menjatuhkan pelita lalu membakar rumah kamu dan ikatlah serta tutuplah bekas-bekas minuman kamu dan tutuplah segala pintu bila waktu malam.” Berkata mereka bagi Qatadah: “Kenapa dilarang kencing dalam lubang tanah?” Jawabnya: “Sesungguhnya lubang tanah itu tempat tinggal jin.

(Hadith Imam Ahmad dan Abu Daud)

Haa, pernah tak korang dengar larangan Rasullah tentang kencing dalam lubang? Jin ni pada mata manusia biasa macam kita ni memang tak dapat dijangka kedudukannya. Cuma insan terpilih sahaja Allah datangkan dugaan boleh nampak, boleh rasa keberadaan dia. Mungkin ada sesetengah menganggap ianya sebagai anugerah dan tak sedikit juga yang merasakan ia sebagai dugaan yang berat jika dugaan gangguan mahkluk halus ini mengganggu aktiviti harian dan ibadah terutamanya. Berbalik kepada larangan kencing dalam lubang ni, kencing ni disifatkan sebagai unsur tajam dan menyengat, jadi dikatakan sekiranya terkena jin akan menyebabkan cedera dan mungkin tindak balas jin tersebut bakal memudaratkan empunya kencing tersebut.

Limau purut ni wajib tanam kat rumah okey! Mama buat mandian sehari sekali. Rambut pun jadi cantik!

Jadi di sini, tahulah kita jin ini adalah makhluk yang tak sukakan unsur tajam dan menyengat. Sifat limau purut yang tajam kerana kandungan asid laktiknya serta aroma citrus yang wangi dan menyegarkan ini juga membuatkan jin tidak senang dan menyakitkan mereka. Kerana itu jugalah kita digalakkan melakukan mandian limau purut sebagai ikhtiar untuk menghalang jin bersarang dalam badan kita. Untuk pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus ini, mandilah setiap hari sampai pulih suatu hari nanti. Bagi mama, tidak mendatangkan kerugian pun untuk melakukan mandian limau purut sebagai aktiviti harian kerana kandungan limau purut ini sangat baik untuk kesihatan kulit, dan menjanjikan awet muda secara alami. Mama sudah mempraktikkan mandian limau purut ini agak lama dan dapat merasakan perubahan positif yang jelas dari segi fizikal dan rohani. Rambut mama lebih senang terurus, lembut dan lurus. Emosi mama lebih stabil dan positif. Perkara yang kebiasaannya mampu menaikkan amarah dapat mama tangani dengan tenang. Bila kita percaya Allah, Allah bantu. Kuncinya redha, paling – paling akhirnya kita kembali kepada Allah. Redhalah kerana dunia ini sementara dan setiap manusia punya dugaan yang berbeza.

Cara – cara mandi limau purut.

Bahan – bahan

  1. 3 biji limau purut (potong 4)
  2. Satu baldi air
  3. Garam bukit
  4. 7 helai daun bidara

Cara – cara

  1. Perah kesemua limau purut dan masukkan limau yang diperah ke dalam baldi.
  2. Masukkan beberapa sudu makan garam bukit ke dalam baldi.
  3. Ramas kesemua daun-daun bidara dan masukkan ke dalam baldi.
  4. Ruqyah air dengan membaca ayat – ayat Al Quran pilihan sambil memutarkan air dengan tangan mengikut arah lawan jam. Selepas baca, berniat kepada Allah serta selawat tiga kali. Akhiri dengan menghembus ke dalam air. (Sekiranya korang memilih untuk ruqyah air, sila letak air di luar bilik air ya. Kalau tak nak Ruqyah air pun tak apa. Sifat limau purut memang tidak disukai jin).
  5. Air mandian limau purut ini digunakan sebagai bilasan terakhir. Jadi, korang bolehlah mandi dahulu seperti biasa. Selepas menggunakan air mandian limau purut ni, jangan dilap ya. Biarkan ia kering di badan.

Semoga bermanfaat untuk semua. Mama doakan yang baik-baik untuk yang memerlukan doa mama. Mohon semua juga doakan mama sentiasa Allah lindung dan kasihi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *